Friday, March 12, 2010

Kriteria seorang imam

Assalamu'alaikum

Diharap ada daripada saudara2 yang mengetahui untuk membantu saya (dan lain2
yang berminat).

a. Dari segi syariat, bagaimanakah kriteria seorang imam di dalam solat
dipilih?
b. Bagaimanakah kelayakan atau syarat2 untuk menjadi imam solat diukur?
c. Asas, apakah dia syarat2 imam dan makmum di dalam solat?

--------------------------------------------------------------------------

Jawab:

a) syarat-syarat (kriteria) Imam menurut syara':
1. dari Imam Muslim dari Abu Mas'ud alAnsari RA:
" hendaklah orang yang paling pandai membaca alQur'an; jika kepandaian
mereka sama, hendaklah orang yang paling mengetahui tentang sunnah; kalau
dalam sunnah mereka sama, hendaklah orang yang paling dahulu hijrahnya, jika
sama hijrahnya, hendaklah
orang yang paling dahulu Islamnya.

Dalam riwayat lain," yang paling tua umurnya.
Dalam riwayat lain: yang paling utama ialah penguasa Muslimin.

Kriteria Imam ialah:
1. lebih faqih
2. lebih pandai membaca alQur:an
3. lebih wara'
4. lebih mulia
5. mereka yang menjadi penguasa dalam masyarakat setempat
(Ibn Qudamah, al Mughny, Jld 2, ms 205)

b) syarat sah Imam:
1. Islam
2. Baligh
3. Berakal waras
4. Lelaki
5. Dapat membaca dengan baik (khususnya alFatihah)
6. Sihat dari penyakit yang mengganggu kelancaran solat (sah menurut
Syafi'iy)
7. suci dari hadas dan najis
8. lidah fasih (boleh menyebut huruf Arab dengan tepat) /makhraj
9. Bukan makmum masbuq (sah menurut Syafi'iy)
((Rahbawi, solat ala madzhabil arba'ah)

c) syarat-syarat Imam dalam solat jama'ah:
1. meringankan solat menurut kemampuan ahli jama'ah yang terdiri dari
kanak-kanak dan orang tua
2. memanjangkan raka'at pertama bertujuan menunggu makmum yang lewat
3. memanjangkan ruku' dan tasyahud akhir supaya makmum masbuk masih sempat
bersama

d) syarat-syarat makmum
1. tidak berdiri di hadapan Imam
2. mengetahui pergerakan Imam
3. niat berimam sejak mulai solat
4. tidak boleh mendahului Imam

sekian
thtl

~~~~~~~~~~~~~~~~


Assalamu'alaikum

Di sini ada hadis riwayat Imam Tirmizi yang menceritakan tentang kriteria
Imam didalam sembahyang. Maaf mengenai qualiti terjemahan Hadis ini.

Dari Ibnu Mas'ud Al Ansari berkata , telah bersabda Nabi Muhammad saw "Jadi
Imam akan satu kaum oleh orang yang lebih baik bacaannya dengan kitab Allah,
maka jika ada mereka itu persamaan didalam bacaan, maka yang lebih alim dari
mereka itu dengan sunnah, jika ada persamaan didalam sunnah, maka yang
lebih dahulu hijrah mereka, jika ada persamaan didalam hijrah, maka yang
lebih tua dari umur mereka, dan jangan menjadi Imam didalam pemerintahannya
[di rumah orang], dan jangan duduk ditempat duduknya didalam rumahnya
melainkan dengan izinnya"

Riwayat Tirmizi - Hadis Hassan Sahih.

WASSALAM

Pengirim : Amin - [EMAIL PROTECTED]

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Assalamualaikum

Makmum yang diri belakang Imam mesti tahu cara-cara mengganti imam sekiranya
imam terbatal. juga tahu cara menegur kesilapan imam juga tahu 'merampas
kuasa' sekiranya imam terbatal tanpa imam itu sedari.

Imam mestilah yang terlebih baik bacaannya dari kalangan jemaah, serta tahu
tata cara dan berpengetahuan untuk menjadi imam.

Imam sewajarnya dipilih dari kalangan masyarakat setempat. Sekiranya 'orang
luar' wajar ia dipilih berdasarkan persetujuan sebahagian makmum/AJK.

wallahuaklam.

Pengirim : Pemuda Cawangan [SMTP:[EMAIL PROTECTED]]

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

--- Neo de Uno <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
Assalamualaikum...

nak pilih Imam
1- Berilmu Islam
2- qari iaitu sebutan yang baik
3- berumur lebih dari makmom

ini ringkasan dari hadis rasulullah

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Jawapan dari saudara Pemuda Cawangan telah mencetuskan kemusykilan baru bagi
saya, mungkin ada saudara lain sudi untuk menghuraikannya.

Wallahu a'lam...

Ma'as salamah wa ilal liqa'

- md2a -

http://www.mail-archive.com/hizb@hizbi.net/msg07482.html


No comments: